Monday, July 26, 2010

Latar Belakang Murid

Keluarga: Kebanyakan murid datang dari golongan buruh, petani, dan juga ada sebilangan kecil yang berniaga.

Jantina Murid: Sekolah ini mempunyai 29 orang murid di mana 16 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan.

Kawasan kediaman:
Murid-murid sekolah ini berasal dari Parit Bajuri, Parit Sangit dan Kawasan Lubok.

Senarai bekas Guru Besar Sekolah

Senarai bekas Guru Besar Sekolah
1. En. Chew Poi Heng
2. En. Lim Keng Boon
3. En. Lim Yu Pek
4. En. Lim Yee Han
5. En. Tan Chong Hwee
6. En. Tan How
7. En. Tan How
8. En. Poh Aik Sing
9. En. Chew Teck Tai
10. En. Fong Took Seng
11. En. Lim Kay Huat
12. En. Kuek Teen Yeen
13. Pn. Chen Ming Chern
14. En. Kuan Mai Por
15. Cik Tey Geok Yen
16. En Liew Soo Seng
17. Pn. Yung Ley Hwa
18. Pn. Kee Phiak Hoon (Sekarang)

Sejarah Ringkas Sekolah

Sekolah ini mula-mula didirikan pada tahun 1937 dengan murid seramai 27 orang sahaja. pada masa ini, sebuah rumah salai getah yang dipunyai oleh Cop Swee Hong dijadikan bilik darjah sementara. Guru Besar pertama ialah Encik Chew Poi Heng.

Pada tahun 1956, bilangan murid bertambah menjadi lebih daripada seratus orang dan bilik darjah tidak cukup untuk digunakan. Dua buah bilik darjah baru dibina dengan sumbangan wang derma dari penduduk-penduduk di kawasan ini.

Pada tahun 1975, bangunan sekolah baru didirikan. Pada tahun 1995 dengan kerjasama Jemaah Pengurus dan PIBG, sekolah mendapat bantuan daripada kerajaan.

Kini, sekolah ini mempunyai Bilik Guru Besar, Bilik Guru, Pusat sumber, Bilik Komputer, Bilik Muzik, Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Ko-kurikulum dan 3 buah bilik darjah.