Monday, July 26, 2010

Sejarah Ringkas Sekolah

Sekolah ini mula-mula didirikan pada tahun 1937 dengan murid seramai 27 orang sahaja. pada masa ini, sebuah rumah salai getah yang dipunyai oleh Cop Swee Hong dijadikan bilik darjah sementara. Guru Besar pertama ialah Encik Chew Poi Heng.

Pada tahun 1956, bilangan murid bertambah menjadi lebih daripada seratus orang dan bilik darjah tidak cukup untuk digunakan. Dua buah bilik darjah baru dibina dengan sumbangan wang derma dari penduduk-penduduk di kawasan ini.

Pada tahun 1975, bangunan sekolah baru didirikan. Pada tahun 1995 dengan kerjasama Jemaah Pengurus dan PIBG, sekolah mendapat bantuan daripada kerajaan.

Kini, sekolah ini mempunyai Bilik Guru Besar, Bilik Guru, Pusat sumber, Bilik Komputer, Bilik Muzik, Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Ko-kurikulum dan 3 buah bilik darjah.

No comments:

Post a Comment